Dah sebulan lebih Melissa dok taska. Alhamdulilah sekarang ni dah kurang dah menangis kalau aku hantar pagi-pagi tu. Menangis la jugak kadang-kadang kalau time mood dia tak ok atau bila cuti lama. Tak lama pun Mel amek masa nak sesuaikan diri kat taska tu. 2 minggu je yang dia nangis teruk. Pastu masuk minggu ketiga, dah ok. Minggu ketiga lepas aku hantar taska tu dia dah ok. Tak menangis langsung ok masa aku hantar tu. Masa tu sebelum cuti raya haji. Hari Isnin dengan Selasa sblm cuti raya tu, memang dia tak nangis langsung. Bila bagi dia kat cikgu pun, relax je muka ceria. Kalau tak, memang mengis-nangis meraung la bila aku tinggalkan. Tapi dua hari tu ok je. Cikgu nye cakap pun, sepanjang hari dia tak nangis. Masa tu memang lega sangat la hati aku. Pergi kerja pun lapang je rasa dada. Tapi pastu kan cuti raya lama. 5 hari. Bila hantar balik, hmm datang balik la perangai nangis dia tu. Haiyaaaa. Tapi, aku malas nak layan sangat sebab tau dia nangis mengada je tu.
Sekarang pun aku dah tak balik tengahari tuk susukan Mel. Mula-mula tu risau jugak kalau-kalau dia tak nak minum botol. Tapi kalau tak ajar, sampai bila kan? Last-last aku decide and nekad je tak payah balik tengahari. Mintak cikgu nya buatkan jugak susu dalam botol tu. Alhamdulilah Mel ok je. Minum jugak la susu dalam botol walaupun tak banyak. Memang aku dah inform cikgu takyah buat banyak-banyak. Dalam 2-3 oz je. Ok la kan dari tak minum susu langsung. Aku pun tak de la terkeja-kejar tengahari nak balik. Now i got my lunch life back. Hahahaha. Sejak pregnant memang takde lunch life lagi la. Masa pregnant, time lunch aku balik rumah tido sebab tak larat. Pas beranak , lunch je balik rumah susu kan anak. Now boleh la mummy nak window-window shopping kat Alamanda or IOI time lunch tu. Hihii.
Tapi kan, bila dah tak balik tengahari ni tetiba rasa macam lain pulak. Rasa kesian pun ada kat Mel. Ye la sepanjang hari dok ngan orang lain. Mesti dia rindu kat aku kan. Hehehe. Ke sebenarnya dia happy je kat sana. Mummy je emosi lebih. Hihi. Bila fikirkan anak aku dah banyak spent masa dengan org lain kat taska sepanjang hari, buatkan aku tak sampai hati nak marah-marah Mel kalau kat rumah. Memang kalau ikutkan banyak je peel Mel wat darah aku naik. Tapi bila fikir balik, dah la sepanjang hari dok ngan orang. Nak manja-manja mesti tak dapat kan. Bila balik rumah, nak manja-manja ngan mummy, sekali mummy naik hantu. Kesian anak aku. Sebab tu sekarang, aku dah takde nak marah-marah. Rumah aku pun aku dah tak kuasa nak kemas. Lantak pi la bersepah pun. Balik dari kerja tu, memang aku spent masa dengan Mel je. Kemas mana dan je. Kalau Mel tido awal baru la aku buat kerja lain. Selagi tak tido, aku layan je la dia.
Lagi satu, bab mandikan anak. Hari tu cikgu kat taska Mel ade ckp kat aku "rajin akak mandi kan anak pagi-pagi". Agaknya dia pelik tengok Mel datang pagi-pagi dah mandi. Tapi aku lagi pelik dengan soalan dia tu sebenarnya. Rupanya cikgu dia ckp jarang org hantar anak kat taska, anak dah mandi. Biasanya taska yang akan mandikan budak-budak. Tak tau la orang lain, tapi aku memang tak suka hantar anak kat orang busuk-busuk masam macam tu. Aku kalau hantar Mel, memang dah siap mandi wangi-wangi dah. Memang aku kejut Mel pagi-pagi soh mandi. Masa mak aku jaga dulu pun, aku akan siapkan mandikan anak aku dulu. Tak tau la kan, tapi ikutkan aku selagi mana yang aku sempat buat tuk anak aku, aku akan buat. Memang la kalau ikutkan kita dah bayar taska tu kan. Tapi takpelah, at least aku boleh spent masa ngan anak aku time mandi tu. Bila balik dari taska pun, biasanya aku akan mandikan atau tukar baju dulu sblm tido. Hari tu cikgu taska tu cakap ade parents lagi la. Pagi hantar tak mandi tu biasa la kan. Tapi ade parents yang amek anak ptg tu dengan baju tu, esok pagi bila hantar baju tu jugak la yang anak tu pakai. Ha paham tak maksud aku. Maksudnya, diorang amek anak petang tu kan dah siap mandi. Then lepas tu memang diorg tak mandi kan or tukar baju lagi la. Esok nya hantar anak, anak still pakai baju ptg smlm. Aku mampu gelak je la bila cikgu tu ckp camtu. Lain orang lain cara. Maybe dia tak sempat kot. Cam aku, memang aku akan mandi or tukar baju. Ye la, ptg tu mestilah taska mandikan awal kan. Dalam kul 4.30 camtu sebab parent amek anak dalam kul 5 lebih. Budak-budak mestilah lagi cepat berpeluh. Mesti tak selesa nak tido kalau camtu. Aku sendiri pun rimas tgk kalau anak aku masam-masam. Jap lagi budak tau je la, kalau tak selesa kang merengek tengah2 malam. Better kasi dia segar dulu badan, then baru tido. Memang letih la keje aku asik nak basuh baju Mel. Sehari bape kali tukar baju. Kat taska biasanya dua kali tukar baju. Campur kat rumah total 4 kali salin baju. Pengsan!
Panjang pulak bebelan mak-mak kali ni. Hihihi. Ok la, sampai sini dulu. Till next bebelan. Nak keluar jalan-jalan kat Alamanda ^_^.