Quantcast
Channel: cujen the lejen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 50

Cuti Hari Malaysia

$
0
0




Jangan pandang hina rupa donut aku yang buruk tu. Walaupun rupa tak seindah mana, tapi rasa nya sedap hoi. Hihihi. Percubaan pertama kali buat donut, berjaya. Senang je rupanya nak buat donut ni. Ingatkan susah. Aku dah lama nak try buat tapi takut tak menjadi. Semalam disebabkan bosan hari cuti tak tau nak buat apa, so aku try la buat donut ni. Malas nak buat lubang tengah-tengah. Kena amek masa. Dengan si Mel dok mengacau je, elok la aku buat bulat-bulat macam ni je. Senang kerja. Janji ada rasa donut ye dak?

Resepi aku amek dari blog ni -->DONUT MUDAH LEMBUT
Korang try la buat. Kalau ikut step dia tu, insyaallah menjadi. Mula-mula aku cuak jugak bila tengok masa masukkan telur dalam butter tu, butter tu jadi berketul-ketul. Ingatkan dah gagal la projek donut aku. Tapi gigih la jugak buat sampai habis. Hasilnya, boleh tahan. Tapi satu adunan tu boleh dapat banyak jugak. Kami anak beranak 3 orang je, so banyak la membazir. Nak bagi jiran sebelah, jiran pulak takde rumah. Membazir gitu je donut aku tu. Huhuhu. 

Itu la je la aktiviti aku sempena Cuti Hari Malaysia. Plan asalnya nak bawak Mel ke Kidz Paradise kat The Mines, tapi bila dah petang rasa cam malas je nak keluar. Cuaca pun still berjebu. So kita dok diam-diam je la dalam rumah ye Mel. Cuti pun sehari pulak tu. Dah la tengah-tengah minggu. Elok la berehat je kat rumah. Esok nya dah kerja. Nanti la weekend baru bawak Mel pergi sana.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 50