Quantcast
Channel: cujen the lejen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 50

Beli Headband Baby Murah.

$
0
0



Nah, amek ko aku borong headband Mel banyak gila. Hahaha. Puas hati aku. Semua color ada. Senang aku nak match dengan baju dia nanti. Cer teka berapa harga untuk semua headband ni? 

Tak sampai pun RM25 ok. Yer, RM25. Bukan RM250. Hihi. Aku beli from Aliexpress.com. Memang murah sebab aku beli satu lot terus and masa tu pun ada diskaun lagi. 37% diskaun. Terus la iols grab. Satu lot ade 12 color.

Masa aku beli ni harganya USD7.92. Convert duit kita dalam 23 hengget camtu. Murah nak mamp. Hahaha. Tapi tadi aku tengok balik dah takde dah diskaun. Harga dah jadi USD12.57. Mahal jugak la kalau convert duit kita. Dalam 50 hengget camtu. Ke kira murah jugak? Entah lah. Kalau harga pasaran berapa ek untuk headband macam ni? 

Tapi beli from aliexpress ni, yang tak bestnya kena tunggu lama sebab aku amek free shipping. Iols kan kedekut, haruslah semua benda nak murah. Kalau shipped guna DHL memang mahal woo. Tak berbaloi. So korang kalau nak beli amek yang free shipping. Kena tunggu lama sket. Dalam 3 minggu ke sebulan camtu. Cam headband aku ni, aku order 2 Sept 2014, aku dapat 30 Sept 2014. Sebulan gak la nak tunggu. Kalau korang jenis sabar menunggu boleh la. Senang je nak beli from aliexpress ni. Boleh pakai debit card maybank korang tu. Insyaallah secured. Aku dah bermacam-macam barang beli from aliexpress ni. Tapi korang pendai la pilih supplier yang ok. Kadang ada benda yang tak berbaloi pun beli from aliexpress ni. And kadang barang dalam gambar lain, bila dapat lain. Tapi setakat ni, alhamdulilah barang yang aku beli sume memuaskan hati. Sejajar la dengan harganya yang murah tu. 

So korang kalau nak beli, nak link untuk store ni BABY CUTE STORE ALIEXPRESS. Banyak gila headband baby comel-comel dan murah. Tapi aku suggest kalau nak beli, cari yang ade diskaun. Murah banyak woo. Aku dah beli, so aku memang recommend supplier ni. Banyak sangat headband cantik-cantik rambang mata dibuatnya.





Hehehe. Happy shopping uols!!


p/s: Dulu kan, sebelum ada anak aku cukup menyampah dengan headband-headband ni and aku tak paham kenapa ade mak-mak yang sanggup nak pakai kan anak headband besar gedabak kat anak. Bila dah ada anak baru la ku tahu. Huhuhu. Macam Mel, bentuk kepala dia kelakar sangat plus kepala dia botak. Rambut tak lebat. So nak cover bentuk kepala yang kelakar dan nak bagi muka tu manis macam gegurl terpaksalah la pakai kan headband. Jadi la aku mak-mak yang gigih nak pakai kan headband sebesar alam kat kepala anak. So skrg kalau korg nak rasa menyampah kat aku, iols redho. Hihihi..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 50